Wednesday, July 29, 2015

KOLABORASI BERSAMA PERPUSTAKAAN AWAM TELUK INTAN

'NILAM' BERSAMA PERPUSTAKAAN AWAM 
TELUK INTAN


OBJEKTIF
  • Memberi pendedahan kepada murid cara pinjaman buku dari perpustakaan awam.
  • Memberi ruang dan peluang kepada murid mencari lebih banyak bahan bacaan yang diperlukan.
  • Mendedahkan murid dengan bahan bacaan dan maklumat yang terkini.

 BERGAMBAR DI HADAPAN PERPUSTAKAAN AWAM TELUK INTAN

 MURID TAHAP 1 DAN 2 MEMBUAT BUKU NILAM

MURID TAHUN 1

PROGRAM GURU PENYAYANG SK HORLEY METHODIST 2015

'SELAMAT HARI LAHIR UNTUKMU'

RASIONAL

Untuk menghargai murid-murid dan guru-guru SK Horley Methodist serta menjana potensi kecemerlangan warga SK Horley Methodist

OBJEKTIF

3.1 Memberi pemahaman kepada murid-murid tentang konsep umur umur dan angka.
3.2 Pelajar dapat menghargai kepelbagaian budaya.

3.3 Melatih pelajar dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku.

 KEK HARI LAHIR

 MURID TAHUN 4, 5 & 6
MURID TAHUN 1
 BARISAN GURU DAN MURID SK HORLEY

MURID TAHUN 3

Tuesday, July 28, 2015

SEJARAH SK HORLEY METHODIST

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1899 iaitu, bangunan papan beratap nipah yang boleh menampung 45 orang murid sahaja. Pada mulanya, sekolah ini dikenali sebagai Government Tamil School.

     Pada tahun 1904, bangunan yang lebih besar diusahakan oleh Rev.W.E Horley. Bangunan yang asal telah dirobohkan pada tahun 1924 dan dibina pula bangunan bertingkat yang mempunyai dewan. Ini telah membawa kepada peningkatan bilangan murid, sehingga lebih dari seribu orang murid mula menuntut di sekolah ini. Sejak sekolah ini ditubuhkan, seramai 22 orang guru besar telah berkhidmat. Setiap jasa dan sumbang mereka telah menjadikan sekolah ini terkenal dari segi akademik, kokurikulum dan juga disiplin murid.

     Pada asalnya sekolah ini adalah khas untuk murid lelaki sahaja. Disebabkan oleh enrolmen murid yang semakin merosot, sekolah ini telah dibuka pada murid perempuan mulai tahun 2000. Kini, murid pelbagai kaum sedang menuntut di sekolah ini. Jumlah guru yang berkhidmat adalah seramai 16 orang. Terdapat 6 buah kelas bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Makmal Sains, Bilik Tayangan, Bilik Komputer, Kelas Pemulihan, Bilik MBMMBI, Bilik Jqaf, Surau, Kelas Agama, Bilik Muzik dan Bengkel Kemahiran Hidup.


Pengasas Sk Horley Methodist
Rev.W.E.Horley




Gambar Sk Horley Methodist 2015

Sk Horley Methodist kini menempatkan seramai 17 orang guru dan 79 orang murid yang berbilang kaum.