Tuesday, July 28, 2015

SEJARAH SK HORLEY METHODIST

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1899 iaitu, bangunan papan beratap nipah yang boleh menampung 45 orang murid sahaja. Pada mulanya, sekolah ini dikenali sebagai Government Tamil School.

     Pada tahun 1904, bangunan yang lebih besar diusahakan oleh Rev.W.E Horley. Bangunan yang asal telah dirobohkan pada tahun 1924 dan dibina pula bangunan bertingkat yang mempunyai dewan. Ini telah membawa kepada peningkatan bilangan murid, sehingga lebih dari seribu orang murid mula menuntut di sekolah ini. Sejak sekolah ini ditubuhkan, seramai 22 orang guru besar telah berkhidmat. Setiap jasa dan sumbang mereka telah menjadikan sekolah ini terkenal dari segi akademik, kokurikulum dan juga disiplin murid.

     Pada asalnya sekolah ini adalah khas untuk murid lelaki sahaja. Disebabkan oleh enrolmen murid yang semakin merosot, sekolah ini telah dibuka pada murid perempuan mulai tahun 2000. Kini, murid pelbagai kaum sedang menuntut di sekolah ini. Jumlah guru yang berkhidmat adalah seramai 16 orang. Terdapat 6 buah kelas bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Makmal Sains, Bilik Tayangan, Bilik Komputer, Kelas Pemulihan, Bilik MBMMBI, Bilik Jqaf, Surau, Kelas Agama, Bilik Muzik dan Bengkel Kemahiran Hidup.


Pengasas Sk Horley Methodist
Rev.W.E.Horley




Gambar Sk Horley Methodist 2015

Sk Horley Methodist kini menempatkan seramai 17 orang guru dan 79 orang murid yang berbilang kaum.







No comments:

Post a Comment